Sunday, 17 April 2016

Baju Pengantin Ini Tiada Siapa Akan Memakainya

Wow, baju pengantin ini perlukan 3 orang menyiapkan dan hanya selepas 300 jam, barulah ia tersedia seperti yang dipamerkan ini.


Tapi tunggu dulu, ia bukanlah baju pengantin sebenar, sebaliknya merupakan kek yang sangat memukau dan terperinci sekali. 


Ketinggian sehingga 2 meter dan seberat 75 kg, siapa yang tak menganga melihatkan kecantikan baju yang dibuat daripada fondant ini. Sudah tentu rasanya sangat manis. Namun, sanggupkah anda memakannya?










Walaupun diperbuat daripada gula fondant, namun perincian yang terhasil begitu mengujakan malah dikatakan lebih cantik daripada sutera sebenar. 


Kek berupa baju pengantin ini dicetuskan oleh pereka sculptor kek terkenal di London, Sylvia Elba, yvette Marner dan juga artis Illinka Rnic. 


Baju ini turut ditampilkan berasama aksesori lain seperti manik dan labuci. Apa kata anda dengan rekaan ini?

Saturday, 9 April 2016

JUALAN MURAH SEHINGGA 14-APRIL INI SAHAJA!!!

Saya ada menjual tudung, baju kurung, jubah, jumpsuit, baju 1 set pun ada dgn harga termurah. Tak sampai beratus pun yang penting selesa dan cantik. Boleh order melalui whatsapp 0198163830

AIKAR GOLD DRESS
RM 70
POSTAGE SM 7/ SRWAK 10/ SBH 12
RED / BLACK/ BLUE

RM 53
POS SM 7/ SRWK 10/ SBH 12
GREEN / PINK ( FITT TILL L)


RM53
POS : SM 7/ SRWK 10/ SBH 12
PEACH / DUSTY PINK ( FITT TILL L)


RM45
POSTAGE SM 6/ SRWAK 8/ SBH 9
PEACH / GREEN ( FITT TILL L)


RM53
 POS SM 9/ SRWK 12/ SBH 14
BLUE ( FITT TILL L)

Boleh singgah kat ig saya di

https://www.instagram.com/kuchingmurahgilak/



Tuesday, 5 April 2016

6 Cara Paling Malas Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Lumrah manusia mahukan badan yang cantik dan sihat. Tetapi tak semua orang bertuah mendapat badan yang cantik dan ideal sejak lahir. Pelbagai faktor penyebab yang menjadikan badan seseorang gempal antaranya faktor keturunan, pemakanan dan sebagainya.

Kebanyakan manusia memang mempunyai impian yang besar untuk memiliki badan yang cantik tapi perasaan malas lebih besar dari segala-galanya. Usah risau, kerana penulis tetap ada tips untuk golongan yang malas ni. 

Tak perlu berhabis duit dan masa untuk ke gym atau bersenam setiap masa, cukup amalkan tips ini dulu untuk lihat keberkesanannya :


1. Senaman Ringkas
Senaman paling ringkas adalah banyakkan berjalan terutamanya menggunakan tangga dan elakkan menggunakan lif.


2. Tidur Yang Cukup
Seharian bekerja dan bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang bijak dan perlu dihindari. Tidur tidak menentu boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit. 


3. Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan semua risiko berkaitan dengan masalah kesihatan. Kegemukan kebiasaannya berpunca dari pengambilan gula dan kolestrol berlebihan. 


5. Jangan Berlapar
Jangan sesekali berlapar hanya kerana ingin kurus, ini satu lawak seram yang tidak harus diulangi. Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. 


6. Kurangkan Tekanan Keterlaluan (Stress)
Stress atau tekanan perasaan sememangnya tidak boleh dielakkan dan pasti dialami setiap manusia. Namun kita harus mengurangkannya dengan mencari aktiviti yang boleh menceriakan hidup. Jangan sesekali melayan stress kerana ia berisiko memudaratkan kesihatan anda. Cari jalan penyelesaian, dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan dan minta pertolongan dari Tuhan.

Jangan Main Gosok Gigi Saja, Pilih Berus Dengan Cara Ini

Dari kecil kita sudah diajar bagaimana cara memberus gigi yang betul. Bila perlu menggosok gigi dan bagaimana mahu memilih berus yang sesuai. Betul tak?

Kebanyakan doktor gigi menyarankan berus gigi yang lembut kerana berus yang keras boleh merosakkan enamel gigi.



Kepentingan Memberus Gigi

  •     Mengelak mulut dan nafas berbau
  •     Menghindarkan rasa tidak selesa pada mulut
  •     Mengeluarkan sisa makanan dan bakteria yang terbentuk di dalam mulut
  •     Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi

Bilakah Berus Gigi Perlu Ditukar?


  •     Apabila bulu berus gigi sudah kembang
  •     Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk dan sakit tekak
  •     Selepas menggunakannya selama 3 bulan



Kekerapan Memberus Gigi
Berus gigi sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari terutamanya selepas bangun tidur, makan atau tengah hari dan malam sebelum tidur

Tips Penjagaan Berus Gigi

  •     Berus gigi dengan teliti terutamanya di hujung gusi dan di celah gigi
  •     Pastikan berus gigi dikeringkan dan disimpan ditempat yang khas untuk mengelak kelembapan yang boleh mengalak pembiakan bakteria
  •     Jangan berkongsi berus gigi dengan orang lain
  •     Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan lapisan luar gigi


Tips Memilih Berus Gigi


  •     Saiz berus gigi bersesuaian dengan mulut
  •     Mempunyai pemegang yang selesa. Tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek
  •     Pilih berus gigi yang berbulu lembut dan selesa

Bayi Lebih Cerdik, Sihat Jika Dilahirkan Ibu Usia 30an?

Terdapat kajian mendapati ibu yang berusia 30-an bakal cenderung melahirkan bayi yang lebih sihat dan cerdik.

Manakala, mereka yang telah mencecah usia 40-an pula cenderung melahirkan anak yang akan mempunyai masalah obesiti. 

Memetik laporan Metro UK, kajian itu telah diterbitkan dalam jurnal bertajuk Biodemography dan Biologi Sosial.




Kajian itu merumuskan usia ibu sememangnya memberi kesan kepada perkembangan anak yang dilahirkan. 

Ini kerana wanita di usia 30-an mempunyai gaya hidup, pendidikan dan pendapatan yang lebih stabil dan tinggi. Ini menyebabkan adanya hubungan yang lebih stabil.

Dalam pada itu, para saintis mendapati bayi yang berada dalam kandungan ibu berusia 30-an mempunyai tahap kognitif tertinggi. 

Jadi, bagi anda yang merancang untuk memiliki anak, bolehlah berbincang dengan suami atau pun doktor anda untuk memiliki cahaya mata pada usia berapa tahun. Bukan begitu? 

Bersalin Secara Water Birth, Lebih Memudahkan?

Pernahkah anda mendengar mengenai water birth atau melahirkan dalam air?

Mungkin kedengaran pelik namun teknik ini telah menjadi pilihan ramai wanita yang ingin bersalin terutama di eropah sejak tahun 1970-an. 

Namun, harus diingat, anda perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda. 



Berikut merupakan antara kelebihan bersalin secara water birth:

1. Ibu berapa lebih rileks kerana semua otot yang berkaitan dengan bersalin menjadi lebih elastik.

2. Rasa sakit dirasai secara mininum ketika bersalin di dalam air.

3. Proses pembukaan berlaku lebih cepat dalam air. 


Mengapa Wanita Lebih Mudah Gemuk Bila Dah Berkahwin

Memang pelik, kebanyakan wanita lebih senang menjaga bentuk tubuh ketika solo, namun sebaliknya selepas berkahwin, cenderung menjadi lebih gemuk. Setuju?

Pening juga, nak buat macam-macam untuk kuruskan badan. Sebelum itu, kenalah tahu kenapa wanita senang menjadi gemuk selepas berkahwin?


1. Makan bersama suami

Lelaki walaupun makan banyak tapi pergerakan mereka lebih cepat dan banyak, oleh itu melambatkan mereka naik berat badan berbanding wanita.

Selain itu, selepas berkahwin wanita selalu gagal berdiet kerana terpaksa menemani suaminya makan. Iyalah, tak sampai hati biarkan si dia berseorang. Bukan begitu?





2. Persiapan perkahwinan

Sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan boleh menyebabkan wanita kurang makan, kurang waktu tidur dan sebagainya. Hasilnya, badan lebih kurus dan langsing berbanding waktu bahagia selepas berkahwin. 



3. Waktu di dapur

Ini memang faktor utama. Bila sudah berkahwin, kaum wanita banyak menghabiskan masa di dapur. Risiko untuk makan lebih banyak pun menjadi tinggi. Jadi, kena kurangkan makan-makan curi ketika memasak ya. - CARI Infonet