Furano, satu daerah di Hokkaido, Jepun merupakan syurga flora yang berkembang ketika musim panas.
Salah satu identiti paling dikenali di sini ialah serakan bunga lavender yang begitu memukau pandangan!
Salah satu cara terbaik untuk menikmati pemandangan yang indah ini dengan menaiki kereta kabel Furano-Biei Norokko.
Pengunjung akan di bawa ke beberapa lokasi menarik. Antaranya ialah Ladang Tomita. Ia merupakan ladang lavender paling tersohor di Furano ini.
Bukan hanya lavender yang ditanam di sini, malah terdapat beberapa jenis bunga lain seperti marigold, spider flower dan sebagainya. Ini menjadikan ia seperti satu kawasan padang yang berwarna pelangi dengan kepelbagaian warna bunga-bunga ini!
Selain ladang Tomita, satu lagi ladang lavender yang cukup gah di Furano ini ialah Saika. Ia terbentang luas sehingga 2.5 kilometer panjangnya!
Berbeza dengan ladang Tomita yang kelihatan lavendernya tersusun berjalur, di Saika ini lavender ditanam persis satu habitat liar!
No comments:
Post a Comment