Monday 4 April 2016

Kenali 5 Destinasi Cinta Menarik Di Perancis

Perancis sebuah negara di Benua Eropah yang siapa tak kenal dengan menara Eiffel yang terletak di kota Paris.

Tapi tempat menarik tak hanya tertumpu di kota Paris. Eksplorasa Cari kumpulkan 5 tempat menarik yang boleh dikunjungi di Perancis.
1. Nice, France (Perancis)
Dikelilingi air biru dari Cote' d'Azur yang sangat berlatar belakangkan lanskap yang elegan. Anda boleh menghidup udara segar di Mediterania saat anda berjalan sekelilingnya. Selain itu, bangunan indah seperti Kateral Sainte-Reparate memberi janji Perancis kota cinta.

2. Cannes, France (Perancis)
"Hidup adalah bagaikan festival", itu antara aktiviti yang membawa  pengunjung ke Cannes. Selain dibarisi susunan hotel merah di La Croisette, ia juga menyediakan promenade yang baik. Pastinya kehadran Yacht besar mengaburi mata anda dengan keindahan sekeliling.

3. Lyon, France (Perancis)
Merupakan salah satu warisan dunia UNESCO, Lyon dilipati dengan 2000 tahun sejarah yang digabungkan melalui jalannya.Ia sangat tidak asing oleh pengunjung yang minatkan sejarah serta pelajar.

4. Chamonix, France (Perancis)
Di Chamonix, terdapat gunung tertinggi di benua Eropah barat itu iaitu Mont-Blanc yang dihiasi dengan lereng curam dan juga kondisi cuaca yang ektrim sungguh padan jika anda ingin melakukan aktiviti ski atau sekadar melihat gunung dalam keadaan bersalji. Kawasan ini juga pernah menjadi antara lokasi penggambaran filem aksi terkenal James Bond.

5. Marseille, France (Perancis)
Ini merupakan kota ketiga terbesar di Perancis. Teluk yang di apit oleh Fort Saint-Nicolas dan juga benteng Notre-Dame-de-la-Garde. Rata-rata pelancong ke sini sekadar untuk berlibur sebelum mengelilingi kota lainnya yang kaya dengan pemandangan yang cantik.

No comments:

Post a Comment