Sunday 17 April 2016

Baju Pengantin Ini Tiada Siapa Akan Memakainya

Wow, baju pengantin ini perlukan 3 orang menyiapkan dan hanya selepas 300 jam, barulah ia tersedia seperti yang dipamerkan ini.


Tapi tunggu dulu, ia bukanlah baju pengantin sebenar, sebaliknya merupakan kek yang sangat memukau dan terperinci sekali. 


Ketinggian sehingga 2 meter dan seberat 75 kg, siapa yang tak menganga melihatkan kecantikan baju yang dibuat daripada fondant ini. Sudah tentu rasanya sangat manis. Namun, sanggupkah anda memakannya?










Walaupun diperbuat daripada gula fondant, namun perincian yang terhasil begitu mengujakan malah dikatakan lebih cantik daripada sutera sebenar. 


Kek berupa baju pengantin ini dicetuskan oleh pereka sculptor kek terkenal di London, Sylvia Elba, yvette Marner dan juga artis Illinka Rnic. 


Baju ini turut ditampilkan berasama aksesori lain seperti manik dan labuci. Apa kata anda dengan rekaan ini?

No comments:

Post a Comment