Tuesday 5 April 2016

Menjadi 'Vegetarian' Banyak Kelebihannya

Jika sebelum ini anda kerap mengambil makanan berprotein dan tidak boleh meninggalkan ayam atau ikan, sebenarnya tidak ada salahnya jika anda mula menukar corak pola sajian harian yang lebih baik dengan berubah menjadi seorang 'vegetarian' atau pengamal makanan berbentuk sayur-sayuran yang sememangnya terdapat banyak kelebihan. 

Jom telitikan beberapa fakta yang tertera dibawah yang berkemungkinan besar menarik minat anda. 


1. Umur lebih panjang
Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging. Berdasarkan laporan China Health Project pula, masyarakat China yang kurang makan lemak haiwan berdepan risiko yang rendah menghidap kanser, penyakit jantung atau penyakit lain.

 

2. Kesihatan jantung terpelihara
Pola makanan yang salah di mana penyebab kepada kadar kolesterol darah yang tinggi, kurang bergerak dan stres menjadi punca kepada penyakit jantung menjadi penyakit nombor satu di dunia. Di Amerika Syarikat, satu dari sembilan wanita yang berusia 40 tahun ke atas menderita penyakit jantung malah kebanyakan lelaki pemakan daging berpeluang 50% meninggal dunia akibat penyakit jantung. Risiko ini menurun 15% jika berhenti makan daging dan mengamalkan makan sayur.

 

3. Jauh dari ancaman kanser
Terdapat hasil kajian dari Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah, The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara. Kajian di Jerman pula mengatakan bahawa sistem kekebalan wanita 'vegetarian' lebih efektif membunuh sel kanser. Sayur-sayuran melindungi anda dari kanser prostat, kanser usus besar dan kulit.

 

4. Tubuh menjadi lebih langsing
Secara umumnya, pemakan sayur mempunyai tubuh yanglebih langsing berbanding individu pemakan daging. Hal ini kerana, sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah. Maka, tidak hairanlah pemakan sayur jarang mengalami masalah berat badan yang menjadi punca kepada sakit kencing manis.



5. Menghapuskan toksin beracun dalam badan
Pencemaran hasil dari pengambilan makanan berproses seperti pengawet, pewarna dan pemanis tambahan boleh menimbulkan penyakit. Jika anda mahu melakukan detoksifikasi, langkah pertama adalah mengurangkan makan daging dan diganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran atau jus buah serta sayur. Bahan-bahan ini mengandungi zat fitokimia yang membantu menghilangkan racun secara semulajadi.

No comments:

Post a Comment