Monday, 4 April 2016

Keindahan Air Terjun Lata Payung Setiu Yang Belum Di Ketahui Ramai

Melihat airnya yang jernih kehijauan hingga menampakkan dasar sungai membuatkan air terjun ini sering dikunjungi penduduk tempatan setiap kali hujung minggu. Namun penduduk luar masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan air terjun ini kerana ia terletak dikawasan agak terpencil.


Kurangnya promosi menjadi punca Air terjun Lata Payung yang terletak di Hutan Lipur Lata Payung di daerah Setiu, Terengganu ini masih belum diketahui ramai. Lokasinya terletak 25 km dari Bandar Seri Langkap melalui Jalanraya Seri Langkap-Kampung Payong Baru dan 65 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. 


Menurut penduduk tempatan, air terjun disini sangat sejuk hingga menusuk ke tulang hitam kerana lokasinya terletak dikawasan bukit bukau. Disebabkan itu tak ramai mampu berendam di dalam air terlalu lama. Disini juga pengunjung dapat melihat ikan-ikan berenang didasar sungai.

Diharap pihak berwajib dapat mempromosi dan menyediakan lebih banyak kemudahan awam di kawasan air terjun ini agar lebih ramai pengunjung dan pelancong dapat menikmati keindahan alam yang masih belum diketahui ramai ini. 

Apa pun, kebersihan dan keaslian tempat ini perlu sentiasa terpelihara agar generasi akan datang turut dapat merasai khazanah negara yang berharga ini. 




No comments:

Post a Comment