Tuesday 5 April 2016

Atasi Masalah Haid Tidak Menentu Dengan Petua Ini



Datang bulan tidak menentu atau haid tidak teratur sering menimbulkan kebimbangan dikalangan wanita.

Apa tidaknya, masalah haid tidak teratur adalah masalah serius dan tidak boleh ambil mudah kerana ia juga melibatkan tahap kesuburan seseorang wanita. Haid yang tidak lancar boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang ingin mendapatkan anak.


Punca-punca Haid tidak menentu

1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.

2. Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.

3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.

4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.

5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.

6. Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.

7. Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.

8. Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.

9. Penggunaan dadah terlarang.

10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).


Atasi masalah haid tidak teratur dengan cara alami ini, dipetik dari petuanenek.com :


Cari secekak daun inai muda, kemudian ditumbuk sedikit kemenyan sehingga lumat. Kemudian di tapis keluar airnya. Campurkan air ini dengan sedikit air suam untuk diminum, 

Minumlah ubat ini sebelum dan selepas kedatangan haid. InsyaAllah kedatangan haid kembali seperti biasa. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment