Sunday 3 April 2016

Pemandangan Unik Wap Air Di Lembah Geysers, Rusia

Salah satu lokasi yang sangat menarik dan mengujakan di Rusia ialah Lembah Geyser atau Valley of Geysers.

Lokasi ini telah dimasukkan dalam senarai warisan dunia UNESCO kerana bentuk muka bumi dan pemandangan yang luar biasa yang dimilikinya.




Pemandangan semburan geiser atau wap air panas sangat menakjubkan. Melengkapkan kehijauan kawasan berlembah ini. 

Dengan panjang sejauh 6 km, lembah ini terdiri daripada 90 lubang geiser yang suhunya mencapai sehingga 250 darjah celcius!

Maka tak hairan banyak sumber air panas yang boleh didapati di sini. 






Untuk ke sini, bukan satu perjalanan yang mudah. Dikatakan hanya helikopter yang mampu sampai ke kawasan yang sangat indah ini.

No comments:

Post a Comment