Tuesday 5 April 2016

Jangan Main Gosok Gigi Saja, Pilih Berus Dengan Cara Ini

Dari kecil kita sudah diajar bagaimana cara memberus gigi yang betul. Bila perlu menggosok gigi dan bagaimana mahu memilih berus yang sesuai. Betul tak?

Kebanyakan doktor gigi menyarankan berus gigi yang lembut kerana berus yang keras boleh merosakkan enamel gigi.



Kepentingan Memberus Gigi

  •     Mengelak mulut dan nafas berbau
  •     Menghindarkan rasa tidak selesa pada mulut
  •     Mengeluarkan sisa makanan dan bakteria yang terbentuk di dalam mulut
  •     Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi

Bilakah Berus Gigi Perlu Ditukar?


  •     Apabila bulu berus gigi sudah kembang
  •     Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk dan sakit tekak
  •     Selepas menggunakannya selama 3 bulan



Kekerapan Memberus Gigi
Berus gigi sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari terutamanya selepas bangun tidur, makan atau tengah hari dan malam sebelum tidur

Tips Penjagaan Berus Gigi

  •     Berus gigi dengan teliti terutamanya di hujung gusi dan di celah gigi
  •     Pastikan berus gigi dikeringkan dan disimpan ditempat yang khas untuk mengelak kelembapan yang boleh mengalak pembiakan bakteria
  •     Jangan berkongsi berus gigi dengan orang lain
  •     Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan lapisan luar gigi


Tips Memilih Berus Gigi


  •     Saiz berus gigi bersesuaian dengan mulut
  •     Mempunyai pemegang yang selesa. Tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek
  •     Pilih berus gigi yang berbulu lembut dan selesa

No comments:

Post a Comment