Tuesday 5 April 2016

Bayi Lebih Cerdik, Sihat Jika Dilahirkan Ibu Usia 30an?

Terdapat kajian mendapati ibu yang berusia 30-an bakal cenderung melahirkan bayi yang lebih sihat dan cerdik.

Manakala, mereka yang telah mencecah usia 40-an pula cenderung melahirkan anak yang akan mempunyai masalah obesiti. 

Memetik laporan Metro UK, kajian itu telah diterbitkan dalam jurnal bertajuk Biodemography dan Biologi Sosial.




Kajian itu merumuskan usia ibu sememangnya memberi kesan kepada perkembangan anak yang dilahirkan. 

Ini kerana wanita di usia 30-an mempunyai gaya hidup, pendidikan dan pendapatan yang lebih stabil dan tinggi. Ini menyebabkan adanya hubungan yang lebih stabil.

Dalam pada itu, para saintis mendapati bayi yang berada dalam kandungan ibu berusia 30-an mempunyai tahap kognitif tertinggi. 

Jadi, bagi anda yang merancang untuk memiliki anak, bolehlah berbincang dengan suami atau pun doktor anda untuk memiliki cahaya mata pada usia berapa tahun. Bukan begitu? 

No comments:

Post a Comment