Sunday, 3 April 2016

Limpahan Bunga Sakura Di Washington

Bila musim bunga tiba, kota Washington DC bakal diwarnai dengan bunga-bunga sakura yang mekar dan menggamit kalbu. 

Memang warga di Washington DC meraikan musim bunga ini dengan kebanjiran bunga sakura indah. Ini kerana Washington merupakan rumah bagi 3,000 pohon sakura, yang dihadiahkan oleh pemerintah Jepun sekitar satu abad yang lalu. Satu fakta menarik, bukan?

Ini menjadikan ia sebagai lokasi wajib bagi mereka yang mahu melihat keindahan bunga sakura, persis di Jepun. Bermula bulan Mac, pelancong dari luar dan dalam negara akan mengambil peluang untuk hadir lebih dekat dengan bunga-bunga tersebut.

Mereka mengabadikan dengan rakaman gambar, melukis, bersiar-siar dan berkhelah di situ. Bagi anda yang mahu merasai pengalaman itu, nampaknya ada pilihan lain kan, selain melawat Jepun sendiri.






No comments:

Post a Comment