Tuesday, 5 April 2016

Serbuk Kopi Salah Satu Rahsia Hilangkan Selulit (Stretch Mark)



Masalah selulit atau Stretch Mark seringkali menjadi ingauan buat kaum wanita .Ini kerana 85% daripada kebanyakan wanita mempunyai masalah selulit. 

Selulit merupakan garis-garis kulit pecah pada kulit disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan kollagen dan elastin pada lapisan kulit. Selulit selalu terdapat pada bahagian lengan, perut, peha, dan punggung.


Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :
1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.
2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.
3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam
4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit
5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.
6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit 
7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman  

Cara Atasi Selulit Dengan Serbuk Kopi :


Mungkin ramai yang tidak tahu disebalik kebaikkan kopi. Menggunakan serbuk kopi adalah satu cara merawat selulit secara tradisional. Mudah sahaja, sapukan serbuk kopi pada bahagian selulit dan biarkan selama 20 minit bagi menanggalkan sel-sel kulit mati serta menghapuskan selulit degil. Lakukan selalu sehingga hilang kesan selulit.

No comments:

Post a Comment