Tuesday, 5 April 2016

Ibu Hamil, Ketahui Info Tentang Air Ketuban Di Sini

Bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi, antara perkara yang harus diketahui tentang ibu hamil ialah berkenaan air ketuban.

Sebenarnya, apakah air ketuban itu? Lihat beberapa info tentang air ketuban yang anda harus tahu:


1. Air ketuban itu ialah cairan pelindung dalam pertumbuhan dan perkembangan janin.


2. Ia berfungsi seperti 'bantal' untuk melindungi janin terhadap trauma dari luar. 





3. Ia juga melindungi janin daripada infeksi, menstabilkan perubahan suhu dan menjadi medium yang menyebabkan janin bergerak bebas. 


4. Cairan ketuban mulai mengisi kantung ketuban, sekitar dua selepas kehamilan. Awalnya ia hanyalah air, namun selepas 12 minggu kehamilan, cairan penuh dengan kandungan zat gizi. 


5. Seorang wanita hamil membawa hampir dua liter cairan ketuban ini.


6. Sepanjang kehamilan, bayi akan menelan air ketuban dan akan mengeluarkannya kembali sebagai urin. 





7. Bayi menelan air ketuban untuk membantu paru-parunya berkembang. 


8. Air ketuban akan diambil sebagai sampel untuk mengetahui kondisi atau keadaan bayi termasuk kemungkinan adanya down sindrom. Prosedur ini dipanggil sebagai amniosentesis.

No comments:

Post a Comment