Monday 4 April 2016

Sedapnya! Strawberi 'Raksasa' Di Tanah Gaza, Palestin

Buah strawberi terkenal sebagai buah yang paling populear di dunia kerana memiliki rasa yang lazat dan bentuk yang menarik. Buah strawberi kaya dengan pelbagai mineral, vitamin, dan antioksidan, yang mudah diserap oleh tubuh. 

Sangat besar dan merah-merah buah strawberi yang terdapat di tanah suci Palestin ini. Buahnya juga dikatakan sangat manis dan berkualiti. 



Namun, strawberi terbaik di dunia ini sangat susah untuk dieksport kerana sekatan oleh pihak Israel.

Palestin juga dikatakan memiliki tanah yang begitu baik untuk sektor pertanian namun ia dirampas oleh pihak yahudi. 

Anak muda sehinggalah golongan tua rata-ratanya menjaja buah strawberi raksasa ini di sepanjang jalan hasil daripada tuaian mereka. Terliur penulis tengok, macam nak beli semua. Kenyang perut rasanya kalau dapat makan strawberi 'raksasa' ini kan?











No comments:

Post a Comment