Tuesday, 5 April 2016

6 Cara Paling Malas Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Lumrah manusia mahukan badan yang cantik dan sihat. Tetapi tak semua orang bertuah mendapat badan yang cantik dan ideal sejak lahir. Pelbagai faktor penyebab yang menjadikan badan seseorang gempal antaranya faktor keturunan, pemakanan dan sebagainya.

Kebanyakan manusia memang mempunyai impian yang besar untuk memiliki badan yang cantik tapi perasaan malas lebih besar dari segala-galanya. Usah risau, kerana penulis tetap ada tips untuk golongan yang malas ni. 

Tak perlu berhabis duit dan masa untuk ke gym atau bersenam setiap masa, cukup amalkan tips ini dulu untuk lihat keberkesanannya :


1. Senaman Ringkas
Senaman paling ringkas adalah banyakkan berjalan terutamanya menggunakan tangga dan elakkan menggunakan lif.


2. Tidur Yang Cukup
Seharian bekerja dan bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang bijak dan perlu dihindari. Tidur tidak menentu boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit. 


3. Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan semua risiko berkaitan dengan masalah kesihatan. Kegemukan kebiasaannya berpunca dari pengambilan gula dan kolestrol berlebihan. 


5. Jangan Berlapar
Jangan sesekali berlapar hanya kerana ingin kurus, ini satu lawak seram yang tidak harus diulangi. Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. 


6. Kurangkan Tekanan Keterlaluan (Stress)
Stress atau tekanan perasaan sememangnya tidak boleh dielakkan dan pasti dialami setiap manusia. Namun kita harus mengurangkannya dengan mencari aktiviti yang boleh menceriakan hidup. Jangan sesekali melayan stress kerana ia berisiko memudaratkan kesihatan anda. Cari jalan penyelesaian, dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan dan minta pertolongan dari Tuhan.

3 comments:

  1. suka makan n malas bersenam...mcm mana nk kurus..
    heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Xpe. Kite usahakan perlahan-lahan ^_^

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete